Pendaftaran
Penginapan
- Tarikh : 12 Mac2014 (Rabu)
- Masa : 10.00 pagi – 6.00 petang
- Tempat : Dewan Budiman, Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek
- Semua kontinjen Festival Wind Orchestra SBP dikehendaki melapor diri di Dewan Budiman, Kolej Tunku Kurshiah pada masa yang ditetapkan.
- Pendaftaran peserta akan dilakukan oleh ketua kontinjen sahaja.
- Nama dan bilangan peserta hendaklah mengikut borang senarai peserta yang telah dihantar ke urusetia pertandingan.
- Sebarang penambahan peserta selain daripada yang telah ditetapkan tidak akan dilayan dan diberi kemudahan (kecuali dimaklumkan awal).
- Ketua Kontinjen dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran.
- Taklimat pertandingan akan diberi kepada ketua kontinjen/pengurus pasukan, peserta dan guru pengiring serta pemandu pada 12 Mac 2014 jam 8.30 malam. Butiran taklimat adalah seperti berikut:
Penginapan
- Penginapan kontinjen semasa Festival Wind Orchestra 2014 adalah di asrama Kolej Tunku Kurshiah bagi pelajar perempuan dan Sekolah Dato’ Abdul Razak bagi pelajar lelaki.
- Penginapan kontinjen yang bertanding akan dimaklumkan semasa pendaftaran kontinjen.
- Semua peserta, guru pengiring WAJIB membawa sendiri kain cadar, selimut, sarung bantal dan peralatan diri seharian.
Pakaian
- Semua peserta pertandingan dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan, sesuai dengan imej pelajar SBP di sepanjang masa berada di kawasan sekolah, asrama dan tempat pertandingan.
- Peserta mestilah memakai pakaian seragam yang sesuai semasa membuat persembahan. Warna pakaian pemain wind orchestra haruslah mengikut konsep utama iaitu hitam khususnya di peringkat Finale Wind Orchestra. Kelonggaran warna pakaian hanya dibenarkan semasa pusingan awal.
- Guru dan jurulatih juga haruslah mematuhi etika pakaian yang sesuai dengan konsep persembahan wind orchestra.
Makanan
- Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam semasa Festival Wind Orchestra 2014.
- Semua jamuan akan disediakan di tempat penginapan peserta. Jadual penyediaan makanan harian adalah seperti berikut:
JAMUAN
|
MASA
|
SARAPAN PAGI
|
7.00
pagi – 8.00 pagi
|
MAKAN TENGAHARI
|
12.30
tengah hari – 2.00 petang
|
MAKAN MALAM
|
6.30
petang – 8.00 malam
|
Bilik Tuning
- Setiap kontinjen akan disediakan sebuah bilik tuning di Kolej Tunku Kurshiah untuk tujuan latihan. Masa penggunaan bilik tuning ini adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 11.00 malam.
- Setiap kontinjen diminta menyediakan kunci sendiri untuk mengunci bilik tuning.
- Setiap kontinjen yang menggunakan bilik tuning ini haruslah bertanggungjawab menjaga bilik tuning masing-masing dengan sebaik-baiknya.
Skor
Lagu Pilihan
- Setiap kontinjen dikehendaki menyediakan 5 salinan (fotostat) skor konduktor lagu wajib (melayu) dan 5 salinan (fotostat) skor konduktor lagu pilihan (bebas) yang bersih mengikut saiz A3 dan dijilid dengan ‘comb binding’ serta muka hadapan hanya mengandungi tajuk lagu dan komposer sahaja
- Setiap salinan skor konduktor ini hendaklah dijilid dan diserahkan kepada urusetia pertandingan oleh ketua kontinjen semasa pendaftaran.
0 comments:
Post a Comment