Sunday, February 23, 2014

    Flash Mob 
Konsep persembahan adalah berbentuk ensemble dan santai . Persembahan dimulakan dengan sekumpulan pemain muzik berkumpul di tengah-tengah tapak perhimpunan dan mula meniup alat muzik mereka. Kemudian sekumpulan pemuzik yang lain akan menyertai kumpulan ini hingga membentuk sebuah kumpulan yang besar. Kesemua pemain muzik akan terus memainkan lagu mereka sehingga tamat tempoh masa yang diberikan. Jangkamasa persembahan ialah 30 minit. Pemilihan lagu untuk persembahan telah ditetapkan oleh Sekolah Berasrama Penuh Dan Sekolah Kecemerlangan. Alat muzik yang digunakan adalah daripada alatan Wind Orkestra sahaja. Bilangan pemain adalah seramai 1500 pelajar dari semua Sekolah Berasrama Penuh dan Kecemerlangan dan lebih membanggakan program ini telah mendapat pengiktirafan “THE BOOK OF RECORD”


1          OBJEKTIF

1.1        Merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dalam penyuburan keseimbangan jasmani, emosi, intelektual dan rohani melalui penglibatan dalam aktiviti muzikal.

1.2       Menghimpunkan kesemua pemain-pemain muzik Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Kecemerlangan dalam menghasilkan sebuah karya yang bermutu.

1.3       Menzahirkan semangat kerja berkumpulan dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan dalam penghasilan sesebuah persembahan yang berkualiti.

1.4       Memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah membentuk pelajar

1.5       Meningkatkan keyakinan dan kecenderungan pelajar dalam menzahirkan apresiasi terhadap nilai keindahan estetika yang terkandung dalam cabang muzik.


2          MAKLUMAT PERSEMBAHAN                                             
             
2.1          Tarikh Persembahan

14 Mac 2014 (Jumaat)
3.00 hingga 5.00 petang

2.2       Tempat Persembahan

                          Perkarangan Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek

            2.3       Format Persembahan

                        2.3.1                Penyertaan

2.3.1.1             Terbuka kepada semua pemain muzik Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.

                        2.3.2                Format Persembahan

                        2.3.2.1             Persembahan dimulakan dengan sekumpulan pemain
muzik berkumpul di tengah-tengah tapak perhimpunan
dan mula meniup alat muzik mereka.

2.3.2.2             Kemudian sekumpulan pemuzik yang lain akan menyertai kumpulan ini hingga membentuk sebuah kumpulan yang besar.

2.3.2.3             Kesemua pemain muzik akan terus memainkan lagu mereka sehingga tamat tempoh masa yang diberikan.




2.3.3                Jangkamasa Persembahan
                       
                        Masa Persembahan               - 30 minit

2.3.4                Muzik / Lagu

                        Muzik dan lagu telah ditetapkan oleh Sekolah Berasrama Penuh dan Kecermelangan.

            2.4      Sasaran

                        Seramai 1500 pelajar dari semua Sekolah Berasrama Penuh dan
                        Kecemerlangan  mengambil bahagian dalam program ini.
           
3          Aturcara Majlis

3.00pm          -Ketibaan pihak media dan tetamu undangan
3.15pm           - Taklimat kepada peserta yang terlibat
3.30pm           -Persembahan dari sekolah-sekolah terlibat
4.45pm           -Bersurai


4          Penutup
            Diharapkan prgram ini dapat mencapat objektif yang disasarkan. Dengan pendedahan yang diperolehi dari program ini diharapkan agar pelajar-pelajar Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh akan lebih bermotivasi, yakin dan dapat memanafaatkan kebolehan dan kemahiran mereka dalam bidang muzik.          


5          Anggaran Perbelanjaan


Bil
Deskripsi
Harga
1
Jamuan ringan

RM 3 x 1500 pax



RM 4500

JUMLAH
RM 4500

0 comments:

Post a Comment