Thursday, February 6, 2014




     Pertandingan Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh (SBP) ini telah diadakan buat kali pertama di Johor Bahru pada 1997. Pada ketika itu hanya 18 buah Sekolah Berasrama Penuh telah menyertainya. Bilangan penyertaan sekolah yang mengambil bahagian telah  meningkat dari tahun ke tahun. Sambutan yang baik setiap tahun ini jelas menunjukkan komitmen yang tinggi serta sokongan yang padu dari setiap warga SBP,seterusnya menjadikan Festival Wind Orchestra ini terus unggul menjangkau usia 16 tahun penganjuran.
 
  • Merealisasikan hasrat Falsafah Pendidikan Negara dalam penyuburan keseimbangan jasmani, emosi, intelektual dan rohani melalui penglibatan dalam aktiviti muzikal. 
  • Meningkatkan muzikaliti pelajar sehingga ke taraf yang boleh diiktiraf di peringkat antarabangsa.
  • Menzahirkan semangat kerja berkumpulan dan kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan. 
  • Memperkembang potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu ke arah membentuk pelajar. 
  • Meningkatkan kualiti sesebuah orkestra ke arah yang lebih mantap.
  • Meningkatkan kecenderungan pelajar dalam menzahirkan apresiasi terhadap nilai keindahan estetika yang terkandung dalam cabang muzik.
  • Mewujudkan satu mekanisme bagi transformasi SBP untuk mempertingkatkan kemahiran insaniah pelajar

0 comments:

Post a Comment