Thursday, February 6, 2014

MAKLUMAT PERTANDINGAN

             
1           Tarikh Pertandingan

12 Mac hingga 16 Mac 2014

2          Tempat Pertandingan

Dewan Budiman, Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek

3          Syarat Pertandingan

            3.1                    Penyertaan
                       
            3.1.1                 Terbuka kepada semua Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah 
Kecemerlangan.

3.1.2                 Pihak penganjur hanya menyediakan penginapan dan makan  minum untuk  peserta Sekolah Berasrama Penuh sahaja.

3.1.3                Bayaran Perbengkelan
Pasukan dari sekolah jemputan yang ingin mengikuti bengkel dikenakan bayaran sebanyak RM400 dan akan diberikan sijil  penyertaan

            3.2                    Format Pertandingan

            3.2.1                 Divisyen 1 (Lampiran)

3.2.1.1              Pasukan Wind Orchestra yang berjaya memasuki Finale Wind Orchestra 2013.
3.2.1.2              Lima pasukan (5) Wind Orchestra yang terbaik akan dipilih ke Finale Wind Orchestra (tertakluk kepada saranan panel juri).
3.2.1.3              Pasukan Wind Orchestra di kedudukan terakhir dalam Divisyen 1 akan berpindah ke Divisyen 2 (tertakluk kepada saranan panel juri).
3.2.1.4              Jumlah maksima ahli pasukan Wind Orchestra ialah seramai 80 orang dan mewakili setiap seksyen.
3.2.1.5              Tiada hadiah akan diberikan kepada pusingan awal Divisyen 1.


3.2.2                 Divisyen 2 (Lampiran)

3.2.2.1              Mana-mana pasukan Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan yang baru menyertai pertandingan hanya layak menyertai Divisyen 2.
3.2.2.2              Johan Divisyen 2 akan memperoleh hadiah wang tunai yang tidak melebihi jumlah saguhati Finale Wind Orchestra.
3.2.2.3              Jumlah minima ahli pasukan Wind Orchestra ialah seramai 15 orang dan mewakili setiap seksyen.
3.2.2.4              Johan Divisyen 2 akan dipertimbangkan untuk naik ke Divisyen 1 pada pertandingan akan datang (tertakluk kepada saranan panel juri)



3.3                    Jangkamasa Persembahan
                       
Peringkat Awal
Masa Persembahan    - 15 minit

3.4                    Muzik / Lagu

3.4.1                 Pilihan lagu adalah bebas dan mestilah lagu yang tidak diharamkan di negara ini.
3.4.2                 Pilihan yang digunakan mestilah hakcipta terpelihara.
3.4.3                 Lagu Medley dikira sebagai sebuah lagu.

3.4.4                 Peringkat Awal
Setiap pasukan Wind Orchestra hendaklah mempersembahkan dua buah lagu iaitu:
i            Lagu Melayu (wajib)
ii           Lagu Bebas

3.4.5                 Finale Wind Orchestra
Setiap pasukan Wind Orchestra hendaklah mempersembahkan kedua-dua lagu yang sama dipertandingkan semasa pusingan awal.

3.5                                Pemarkahan

Technical ability                                   - 40%
Musicality/Interpretation                      - 40%
Performance                                        - 20%
JUMLAH                                               - 100%

3.6                    Alat Muzik

3.6.1                 Pemilihan penggunaan instrumen mestilah mengandungi alat seperti Woodwind, Brass dan Percussion.
3.6.2                 Penggunaan electric bass guitar tidak dibenarkan.
3.6.3                 Penggunaan alat muzik tradisional, drum set dan string tidak dibenarkan.

            3.7                    Peralatan Muzik
                       
            3.7.1                 Senarai alatan muzik yang disediakan

            3.7.1.1              Xylophone                   1 set
            3.7.1.2              Timpani                        1 set
            3.7.1.3              Vibraphone                 1 set
            3.7.1.4              Conga                         1 set
            3.7.1.5              Concert Bass Drum      1 set    


3.7.2                 Sekiranya terdapat kontinjen yang ingin menggunakan peralatan muzik yang tidak terdapat dalam senarai peralatan yang disediakan oleh pihak pengelola, kontinjen tersebut perlulah menyediakan sendiri peralatan muzik yang diperlukan.



3.8        Konduktor

3.8.1                 Konduktor hendaklah terdiri daripada pelajar ahli pasukan Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan.
                        3.8.2                 Semua konduktor diwajibkan untuk memakai ‘tuxedo’.


            3.9        Penghakiman

3.9.1                 BPSBPSK akan melantik panel hakim yang terdiri daripada individu yang pakar dalam bidang Wind Orchestra. Panel hakim akan dibahagikan kepada dua bahagian yang akan mengadili pertandingan peringkat awal dan panel yang mengadili Finale Wind Orchestra.

3.9.2                 Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan selepas pertandingan tidak akan dilayan.

3.9.3                 Panel hakim berhak menganugerahkan Anugerah Emas     kepada mana-mana pasukan yang melepasi standard markah yang ditetapkan dan tertakluk kepada saranan juri.


4          Aktiviti Sepanjang Festival Wind Orchestra

4.1        Pendaftaran

                        Tarikh               : 12 Mac2014 (Rabu)
                        Masa               : 10.00 pagi – 6.00 petang
                        Tempat            : Dewan Budiman, Kolej Tunku Kurshiah, Bandar Enstek

            4.2        Tatacara Pendaftaran

4.2.1     Semua kontinjen Festival Wind Orchestra SBP dikehendaki melapor diri di Dewan Budiman, Kolej Tunku Kurshiah pada masa yang ditetapkan.

4.2.2     Pendaftaran peserta akan dilakukan oleh ketua kontinjen sahaja.

4.2.3     Nama dan bilangan peserta hendaklah mengikut borang senarai peserta yang telah dihantar ke urusetia pertandingan.

4.2.4     Sebarang penambahan peserta selain daripada yang telah ditetapkan tidak akan dilayan dan diberi kemudahan (kecuali dimaklumkan awal).

4.2.5     Ketua Kontinjen dikehendaki membuat pengesahan pendaftaran. 


4.3        Taklimat Pertandingan

4.3.1     Taklimat pertandingan akan diberi kepada ketua kontinjen/pengurus pasukan, peserta dan guru pengiring serta pemandu pada 12 Mac 2014 jam 8.30 malam. Butiran taklimat adalah seperti berikut:

Bil
Taklimat
Tempat
Masa
Catatan
1
Pengurus, Guru Pengiring & Peserta
Dewan Budiman
8.30 mlm
Maklumat pertandingan
2
Pemandu
Bilik Khas
8.30 mlm
Maklumat pergerakan pelajar/ pengangkutan
           
            4.4        Penginapan

4.4.1     Penginapan kontinjen semasa Festival Wind Orchestra 2014 adalah di asrama Kolej Tunku Kurshiah bagi pelajar perempuan dan Sekolah Dato’ Abdul Razak  bagi pelajar lelaki.

4.4.2     Penginapan kontinjen yang bertanding akan dimaklumkan semasa pendaftaran kontinjen.

4.4.3     Semua peserta, guru pengiring WAJIB membawa sendiri kain cadar, selimut, sarung bantal dan peralatan diri seharian.

            4.5        Pakaian

4.5.1     Semua peserta pertandingan dikehendaki memakai pakaian yang bersesuaian dan sopan, sesuai dengan imej pelajar SBP di sepanjang masa berada di kawasan sekolah, asrama dan tempat pertandingan.

4.5.2     Peserta mestilah memakai pakaian seragam yang sesuai semasa membuat persembahan.  Warna pakaian pemain wind orchestra haruslah mengikut konsep utama iaitu hitam khususnya di peringkat Finale Wind Orchestra.  Kelonggaran warna pakaian hanya dibenarkan semasa pusingan awal.

4.5.3     Guru dan jurulatih juga haruslah mematuhi etika pakaian yang sesuai dengan konsep persembahan wind orchestra.

            4.6        Makan

4.6.1     Pihak Jawatankuasa Pengelola akan menyediakan sarapan pagi, makan tengahari dan makan malam semasa Festival Wind Orchestra 2014.

4.6.2     Semua jamuan akan disediakan di tempat pengelola. Jadual penyediaan makanan harian adalah seperti berikut:

           
Jamuan
Masa
Sarapan Pagi
7.00 pagi – 8.00 pagi
Makan Tengah hari
12.30 tengah hari – 2.00 petang
Makan Malam
6.30 petang – 8.00 malam
                      



            4.7        Bilik Tuning

4.7.1     Setiap kontinjen akan disediakan sebuah bilik tuning di Kolej Tunku Kurshiah untuk tujuan latihan. Masa penggunaan bilik tuning ini adalah dari pukul 7.30 pagi hingga 11.00 malam.

4.7.2     Setiap kontinjen diminta menyediakan kunci sendiri untuk mengunci bilik tuning.

4.7.3     Setiap kontinjen yang menggunakan bilik tuning ini haruslah bertanggungjawab menjaga bilik tuning masing-masing dengan sebaik-baiknya.

            4.8        Skor Lagu Pilihan

4.8.1     Setiap kontinjen dikehendaki menyediakan 5 salinan (fotostat) skor konduktor lagu wajib (melayu) dan 5 salinan (fotostat) skor konduktor lagu pilihan (bebas) yang bersih mengikut saiz A3 dan dijilid dengan ‘comb binding’ serta muka hadapan hanya mengandungi tajuk lagu dan komposer sahaja


4.8.2     Setiap salinan skor konduktor ini hendaklah dijilid dan diserahkan kepada urusetia pertandingan oleh ketua kontinjen semasa pendaftaran


0 comments:

Post a Comment