Tuesday, February 11, 2014

Format Pertandingan

Division 1 (Lampiran)

  • Pasukan Wind Orchestra yang berjaya memasuki Finale Wind Orchestra 2013. 
  • Pasukan Wind Orchestra di kedudukan terakhir dalam Division 1 akan berpindah ke Division 2 (tertakluk kepada saranan panel juri). 
  • Jumlah maksima ahli pasukan Wind Orchestra ialah seramai 80 orang dan mewakili setiap seksyen. 
  • Tiada hadiah akan diberikan kepada pusingan awal Division 1.

Division 2 (Lampiran)


  • Mana-mana pasukan Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan yang baru menyertai pertandingan layak menyertai Division 2. 
  • Johan Division 2 akan memperoleh hadiah wang tunai yang tidak melebihi jumlah saguhati Finale Wind Orchestra. 
  • Jumlah minima ahli pasukan Wind Orchestra ialah seramai 15 orang dan mewakili setiap seksyen. 
  • Johan Division 2 akan dipertimbangkan untuk naik ke Division 1 pada pertandingan akan datang (tertakluk kepada saranan panel juri)

Jangkamasa Persembahan

  • Peringkat Awal Masa Persembahan - 15 minit 


Muzik / Lagu


  • Pilihan lagu adalah bebas dan mestilah lagu yang tidak diharamkan di negara ini. 
  • Pilihan yang digunakan mestilah hakcipta terpelihara. 
  • Lagu Medley dikira sebagai sebuah lagu. 
  • Peringkat Awal Setiap pasukan Wind Orchestra hendaklah mempersembahkan dua buah lagu iaitu: 
                   i Lagu Melayu (wajib)
                   ii Lagu Bebas
  • Finale Wind Orchestra Setiap pasukan Wind Orchestra hendaklah mempersembahkan kedua-dua lagu yang sama dipertandingkan semasa pusingan awal. 


Pemarkahan


  • Technical ability - 40% 
  • Musicality/Interpretation - 40% 
  • Performance - 20% JUMLAH - 100% 

Alat Muzik


  • Pemilihan penggunaan instrumen mestilah mengandungi alat seperti Woodwind, Brass dan Percussion.
  • Penggunaan electric bass guitar tidak dibenarkan. 
  • Penggunaan alat muzik tradisional, drum set dan string tidak dibenarkan. 

Konduktor


  • Konduktor hendaklah terdiri daripada pelajar ahli pasukan Wind Orchestra Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. 
  • Semua konduktor diwajibkan untuk memakai ‘tuxedo’. 

Hadiah dan Cenderamata



  • Kategori Division 2 Johan.
  • Cenderamata Setiap pasukan yang mengambil bahagian akan menerima cenderamata dan sijil penyertaan. 
  • Anugerah Emas, Perak dan Gangsa 
  • Watikah kelayakan ke Finale bagi sekolah yang berjaya 

Penghakiman

  • Panel hakim dilantik terdiri daripada individu yang pakar dalam bidang ini. Panel hakim akan dibahagikan kepada dua bahagian yang akan mengadili pertandingan peringkat awal dan panel yang mengadili Finale Wind Orchestra. 
  • Keputusan panel hakim adalah muktamad dan sebarang bantahan selepas pertandingan tidak akan dilayan. 
  • Panel hakim berhak menganugerahkan Anugerah Emas kepada mana-mana pasukan yang melepasi standard markah yang ditetapkan dan tertakluk kepada saranan juri. 
Peralatan Muzik


  • Senarai alatan muzik yang disediakan 
  • Xylophone 1 set 
  • Timpani 1 set 
  • Vibraphone 1 set 
  • Conga 1 set 
  • Concert Bass Drum 1 set 
  • Sekiranya terdapat kontinjen yang ingin menggunakan peralatan muzik yang tidak terdapat dalam senarai peralatan yang disediakan oleh pihak pengelola, kontinjen tersebut perlulah menyediakan sendiri peralatan muzik yang diperlukan.

5 comments:

  1. Pemarkahan,Technical ability - 40% Musicality/Interpretation - 40% Performance - 20% JUMLAH - 100%. Pakai Tuxedo ade pemarkahan? Persembahan muzik ke feshion?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin nak cariorkestra iringi fashion show

      Delete
  2. "Panel hakim berhak menganugerahkan Anugerah Emas kepada mana-mana pasukan yang melepasi standard markah yang ditetapkan dan tertakluk kepada saranan juri.". Alhamdullilah- ada terma 1) markah dan 2) standard. Harap penganjur boleh berkongsi markah supaya sekolah tahu standard masing2, Pentaksiran dan penilaian haruslah bersifat kuantitatif ( yang boleh dikira ) daripada kualitatif ( tak boleh dikira).

    ReplyDelete
  3. How do you define Performance? Please shed light on this.

    ReplyDelete
  4. In SBPWO, Performance define as a group of 5 judges discuss and choose the best school to final. Yes, discuss and choose is the method since the establishment.

    ReplyDelete