Sunday, February 23, 2014

Showcase

“Malam Showcase” akan dihadiri oleh tetamu diraja iaitu  Duli Yang Teramat Mulia Tunku Zain Al-Abidin ibni Tunku Muhriz pada 14 Mac 2014. Showcase SBP merupakan kesinambungan bagi pertandingan Festival Wind Orchestra ke XVI/2014. Untuk pengetahuan semua, SHOWCASE  ini bukan berbentuk pertandingan tetapi lebih kepada persembahan santai bertujuan menonjolkan bakat dan kreativiti yang ada pada pelajar SBP. Selain itu, program ini dipersembahkan agar dapat memberi pendedahan kepada peserta supaya mengetahui tahap pencapaian,meningkatkan kecenderungan pelajar dalam menzahirkan apresiasi terhadap nilai keindahan estetika yang terkandung dalam cabang muzik.Namun tidak semua sekolah yang bertanding menyertai malam SHOWCASE ini. Hanya 11 sekolah yang menyertai dan setiap sekolah memainkan dua buah lagu.


Konsep Perlaksanaan


Persembahan Showcase SBP ini hanya terbuka kepada semua pasukan Divison 1 yang menyertai Festival Wind Orchestra ke XVI/2014. Bilangan pemain adalah mengikut pilhan sekolah dan maksimum seramai 15 orang. Jangkamasa persembahan ialah 5 hingga 7 minit dan ianya bergantung kepada jumlah pasukan yang terlibat. Pemilihan lagu untuk persembahan adalah bebas dan sesuai untuk majlis semi-formal. Jurulatih pasukan digalakkan untuk membuat persembahan bersama pelajar. Alat muzik yang digunakan adalah daripada alatan Wind Orchestra sahaja. Konsep persembahan adalah berbentuk ensemble dan santai. Pakaian semasa persembahan adalah ‘smart casual’. Peserta lelaki digalakkan untuk memakai blazer/kot manakala peserta perempuan haruslah berpakaian sopan.

Tarikh perlaksanaan.

Tarikh : 14 Mac 2014 ( Jumaat )

Masa :  8.00 hingga 10.00 malam


Tetamu Diraja

Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-`Abidin Ibni Tuanku Muhriz

0 comments:

Post a Comment