Thursday, February 13, 2014



Pendahuluan

            Showcase SBP ini merupakan kesinambungan bagi pertandingan Festival Wind Orchestra ke XVI/2014 dan baru diperkenalkan pada tahun ini. Showcase SBP ini bukan berbentuk pertandingan tetapi lebih kepada persembahan santai bertujuan menonjolkan bakat dan kreativiti yang ada pada pelajar SBP. Program ini dipersembahkan agar ianya akan dapat memberi pendedahan kepada peserta Division 2 agar dapat mengetahui tahap pencapaian mereka. Selain itu, Showcase SBP ini diadakan untuk meningkatkan kecenderungan pelajar dalam menzahirkan apresiasi terhadap nilai keindahan estetika yang terkandung dalam cabang muzik.


Konsep Perlaksanaan

Persembahan Showcase SBP ini hanya terbuka kepada semua pasukan Divison 1 yang menyertai Festival Wind Orchestra ke XVI/2014. Bilangan pemain adalah mengikut pilhan sekolah dan maksimum seramai 15 orang. Jangkamasa persembahan ialah 5 hingga 7 minit dan ianya bergantung kepada jumlah pasukan yang terlibat. Pemilihan lagu untuk persembahan adalah bebas dan sesuai untuk majlis semi-formal. Jurulatih pasukan digalakkan untuk membuat persembahan bersama pelajar. Alat muzik yang digunakan adalah daripada alatan Wind Orchestra sahaja. Konsep persembahan adalah berbentuk ensemble dan santai. Pakaian semasa persembahan adalah ‘smart casual’. Peserta lelaki digalakkan untuk memakai blazer/kot manakala peserta perempuan haruslah berpakaian sopan.
           
           

Tarikh perlaksanaan.

Tarikh : 14 Mac 2014 ( Jumaat )

Masa :  8.00 hingga 10.00 malam


Tetamu Diraja

Yang Amat Mulia Tunku Zain Al-`Abidin Ibni Tuanku Muhriz
                                                                                                                                                      

0 comments:

Post a Comment