Bil. 4 : Sabtu 15 Mac 2014
SEREMBAN 14 Mac - Seramai 1,500 pelajar sekolah berasrama penuh (SBP) yang menyertai Festival Wind Orchestra mencatatkan Rekod Malaysia menerusi Persembahan Orkestra Pelajar Sekolah Terbesar di Kolej Tunku Kurshiah (TKC), Bandar Enstek di sini hari ini.
Persembahan selama lapan minit itu menyaksikan kesemua peserta mempamerkan kemahiran menggunakan instrumen muzik untuk menyampaikan lagu Joget Kenangan Manis.
Pengetua Cemerlang TKC, Che Kamaliah Endud memberitahu, program berkenaan merupakan salah satu pengisian pihaknya selaku pengajur untuk mencipta satu kelainan bersempena festival yang masuk kali ke 15 itu.
"Inilah kali pertama kita lakukan program seperti ini dan apa yang dapat kita lihat, program ini cukup berjaya dengan penyertaan semua pelajar meliputi 24 buah SBP dan sekolah berprestasi tinggi (SBT).
"Kesemua pelajar ini telah diberikan nota lagu, mereka berlatih dalam tempoh masa yang singkat selepas tamatnya Festival Wind Orchestra dan petang ini mereka melakukannya dengan begitu baik sekali," katanya kepada Utusan Malaysia.
Che Kamaliah menjelaskan, bagi menjayakan program itu, pihaknya turut menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak termasuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) yang menghantar 12 orang fasilitator untuk mengkoordinasi muzik lagu berkenaan.
"Tidak ketinggalan ialah Maybank yang menaja beberapa barangan untuk keperluan para peserta yang menyertai program ini," katanya.
Festival Wind Orchestra merupakan aktiviti tahunan menghimpunkan 24 buah SBP serta SBT dan mereka bersaing untuk meraih lima tempat terbaik untuk layak ke pusingan akhir program berkenaan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) Mei ini.
(http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140315/dn_18/Festival-Wind-Orchestra-catat-Rekod-Malaysia)
Flash Mob
BENGKEL
BENGKEL
Bengkel ini diajar oleh fasilitator-fasilitator dari Per.WI.Ra.Fm,dan Persatuan Wind Orchestra Fakulti Muzik UITM
0 comments:
Post a Comment